Kursus “Generatif Dan Prompt Engineering Untuk Produktiviti Pejabat (Siri 1 & 2) Jabatan Penjara Malaysia” ini memfokuskan kepada pengenalan Kecerdasan Buatan Generatif dan teknik kritikal Prompt Engineering, di mana peserta akan didedahkan secara praktikal kepada ekosistem alatan Google Gemini untuk penjanaan kandungan pintar, NotebookLM bagi analisis dokumen dan rujukan pantas, Gamma App untuk penghasilan slaid pembentangan visual, serta Otter.ai untuk tujuan transkripsi minit mesyuarat. Di samping itu, sesi ini turut memperkenalkan teknologi penjanaan video definisi tinggi melalui Google Veo 3 dan penjanaan imej menggunakan Google Gemini Nano Banana dan Google AI Studio, bagi memastikan pegawai Jabatan Penjara dapat memaksimumkan produktiviti pentadbiran melalui integrasi menyeluruh pelbagai platform digital terkini.