Bengkel “Introduction to Full Stack Developer in Web Development” di Politeknik Ungku Omar merupakan program latihan teknikal yang dirangka bagi melengkapkan peserta dengan kemahiran pembangunan aplikasi web secara menyeluruh. Melalui pendedahan kepada teknologi industri terkini, peserta mempelajari pengaturcaraan PHP dan penggunaan kerangka kerja Laravel bagi pengurusan back-end, serta Bootstrap dan JavaScript untuk pembangunan antaramuka front-end yang interaktif dan responsif. Bengkel ini bertujuan melahirkan pembangun web yang berkeupayaan mengintegrasikan logik pangkalan data dengan reka bentuk visual secara efektif, selaras dengan keperluan semasa industri teknologi maklumat.