Program pembangunan kompetensi visual yang holistik, bermula dengan pengukuhan asas reka bentuk menerusi modul “Fundamentals of Graphic Design” dan penguasaan teknikal “Canva Basics” serta kustomasi templat bagi memastikan peserta memahami prinsip visual yang kukuh. Seterusnya, silibus berkembang ke peringkat yang lebih teknikal dengan memfokuskan kepada adaptasi teknologi terkini melalui modul “AI Tools for Graphic Editing” dan integrasi strategik antara Canva dan kecerdasan buatan untuk mempercepatkan aliran kerja penyuntingan.